22- 27 Oktober 2008, Rombongan Al-Azhar Media yang diketuai Ustaz Mohd Khairi Zainuddin, Pengarah Urusan 1, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin, Pengarah Urusan 2 dan Nazrey Johani, Duta Rasmi Al-Miftah telah mengunjungi Mesir untuk mempromosi dan melancarkan Kamus Al-Miftah di Timur Tengah.
Rombongan disambut oleh Presiden PMRAM, exco dan Ustaz Mohd Asri, wakil?rasmi Al-Azhar Media di Mesir. Sepanjang?hampir seminggu, pelbagai program telah diatur oleh wakil Al-Azhar Media yang dibantu oleh PMRAM.
Berikut catatan perjalanan pelancaran dan promosi Kamus Al-Miftah di Mesir:
21 Oktober 2008
07.00 am : Ketibaan disambut oleh Presiden PMRAM
03.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Rumah Perak
08.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Rumah Selangor
10.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di qommunityradio.net (siaran radio internet milik pelajar Indonesia)
10.00 am : Kunjungan hormat ke Rumah Pegawai Khas Negeri Sembilan, Tuan Haji Malek.
02.00 pm : Kunjungan hormat ke Majlis Konvokesyen anjuran PMRAM, Berkesempatan menemui Sheikh Ibrahim Al-Kattani (Muhaddith, ulama' besar keturunan Rasulullah SAW)
07.00 pm : Konsert Apresiasi dan Majlis Pelancaran Kamus Al-Miftah
23 Oktober 2008
10.00 am : Pertemuan dengan kepimpinan PMRAM
01.00 pm : Melawat Piramid dan Spixn
04.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Syoubra
09.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Rumah Negeri Sembilan
24 Oktober 2008
08.00 am : Ziarah Maqam Imam Syafie dan Pasar Kuno Al-Syafie
03.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Rumah Sabah
08.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Majlis Aidilfitri Pelajar Perubatan Mesir
10.00 pm : Ziarah Masjid Al-Azhar dan Maqam Saidina Hussin RA
25 Oktober 2008
10.00 am : Promosi Kamus Al-Miftah di Iskandariah
06.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Mansurah
10.00 pm : Promosi Kamus Al-Miftah di Tanta
26 Oktober 2008
10.00 am : Diberi penghormatan untuk mempromosikan kamus dan siri motivasi kepada program orientasi pelajar baru (lelaki) di Ismailiyyah.
02.00 pm : Promosi dan siri motivasi kepada program orientasi pelajar baru (perempuan) di tempat yang berhampiran.
09.00 pm : Kesempatan terakhir untuk membeli belah.
28 Oktober 2008
03.00 am : Rombongan pulang ke tanah air.
Al-Azhar Media mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM, pegawai khas Rumah Negeri Sembilan dan Selangor, Ustaz Asri dan semua mahasiswa Universiti Al-Azhar kerana telah memberikan kerjasama dan sambutan yang amat baik dan menggalakan.
Seminggu di sana, telah menjalin hubungan mesra yang tak ternilai. Menurut Ustaz Nazri selaku pengurus pemasaran, sambutan dan tempahan Kamus Al-Miftah amat membanggakan, beliau juga menyakini Kamus Al-Miftah mampu membantu para mahasiswa untuk menggapai kejayaan luar biasa.









