Menggunakan eMiftah |
| Untuk menjalankan perisian Kamus eMiftah, sila gunakan ikon yang disediakan di atas destop atau melalui opsyen pada menu Start. |
| Membuat Carian Perkataan |
| Untuk memcari perkataan yang dikehendaki di dalam kamus eMiftah, anda hanya perlu menaipkan perkata (atau sebahagian dari perkataan) tersebut sebagai katakunci di ruangan “Katakunci:”. Perkataan-perkataan yang berpadanan dengan katakunci tersebut akan disenaraikan di ruangan senaraian dengan serta-merta setiap kali huruf ditaip. Untuk memaparkan makna, anda hanya perlu mengklik perkataan yang dikehendaki yang dipaparkan di ruang senaraian. Jumlah makisma perkataan yang dipaparkan di dalam ruangan senaraian adalah seratus perkataan walaupun perkataan yang berpadanan dengan katakunci yang diberikan mungkin melebihi jumlah tersebut. Ini adalah bagi memastikan eMiftah beroperasi dengan lancar. Walau bagaimana pun anda boleh memapar semua perkataan yang berpadanan dengan menggunakan opsyen “Navigasi->Carian Penuh” atau pun dengan menekan butang [ |
| Menukar Kamus |
Kandungan eMiftah terdiri dari dua kamus iaitu kamus Arab->Melayu+English dan kamus Melayu->Arab. Kandungan yang ingin digunakan boleh dipilih pada bila-bila masa melalui combobox “Kamus:” yang berada di atas bar carian. |
| Kekunci Arabik Maya |
Kamus eMiftah disediakan bersama papan kekunci Arabik maya. Alatan ini amat membantu terutamanya bagi pengguna yang tidak menggunakan papan kekunci Arabik. Papan kekunci ini boleh digunakan untuk menaip huruf-huruf Arab ke ruangan katakunci walaupun Windos tidak berada di dalam mod entri Arabik. Papan kekunci ini boleh dipapar atau disembunyikan apabila perlu melalui opsyen “Paparan->Kekunci Arabik Maya”.
|
Lihat Video
SELAMAT MENCUBA