AL AZHAR MEDIA

Meneruskan Kesinambungan

Your Shopping Cart

Your Cart is currently empty.

Anda Di Sini: Kedai Online Buku RASULULLAH PENDIDIK TERULUNG
KAMUS AL MIFTAHe-Miftah 2.0

RASULULLAH PENDIDIK TERULUNG

Buku kecil ini dapat memaparkan sebahagian uslub dakwah Rasulullah SAW dan bagaimana baginda menangani permasalahan yang timbul dengan bijaksana dan diplomasi

( Al Azhar Media )
RM28.00

Maklumat lanjut tentang produk ini

AL-‘ALLAMAH SYEIKH AL- MUHADDITH AL- FAQIH ABDUL FATTAH ABU GHUDDAH AL- HALABI AL – SURI

Sheikh Abd al- Fattah Abu Ghuddah dilahirkan di Syria pada tahun 1971. Beliau merupakan seorang ulama’ yang terkenal dan pakar di dalam bidang hadis dan fikh. Menuntut di Syria dan Mesir khusus di dalam bidang bahasa arab, hadis, syariah dan psikologi.beliau mengajar Usul Fiqh , Fiqh Hanafi dan perbandingan Fiqh di Damascus Universiti.

Beliau juga pernah mengajar di Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud. Sheikh Abd al- Fattah Abu Ghuddah meninggal pada tahun 1997 di kota Madinah. Kitab ini menyingkap methodology dan teknik Rasulullah SAW mengajar berdasarkan kupasan Al-quran dan hadis.

Terbitan ini diterjemahkan ke dalam bahasa melayu bagi memudahkan memahami konsep yang dijelaskan melalui kitab beliau. Di samping itu naskhah ini sesuai digunakan oleh para guru, pensyarah, pelajar sekolah tinggi, kolej dan universiti sebagai pelengkapan kajian teknik pengajaran oleh junjungan Nabi Muhammad SAW

“Buku ini merupakan mutiara ilmu yang sangat bernilai kepada umat islam. Penulis tersohor dengan kepakaran dalam bidang feqh dan hadith telah berjaya menyusun kitab ini yang dianggap sebagai panduan berguna kepada semua yang dahagakan ilmu dan bimbingan mengenai uslub dan teknik pengajaran baginda” - Sohibus Samahah, Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti kerajaan Negeri Sembilan.

“Buku kecil ini dapat memaparkan sebahagian uslub dakwah Rasulullah SAW dan bagaimana baginda menangani permasalahan yang timbul dengan bijaksana dan diplomasi” Sohibus Samahah, Hj Abdul Halim Bin Abdul Qadir, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu.

“40 teknik pengajaran yang disarankan oleh Rasulullah SAW dapat meransang setiap deria pembelajaran dan pengajaran lebih efektif dan sesuai dengan setiap stail pembelajaran insan. Sama ada anda pelajar audio, pelajar visual atau pelajar kinesteknik; teknik yang disampaikan dalam buku ini akan dapat membantu setiap stail pembelajaran” Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah  bin Kamsah, Pakar Motivasi