Al-Azhar Media telah diberi sambutan VIP sempena Minggu Bahasa Arab yang diadakan baru-baru ini. Al-Azhar Media telah berkerjasama dalam menganjurkan beberapa aktiviti di antaranya Forum Bahasa Syurga, Persembahan ITQAN, Peraduan menggunakan kamus untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan lain-lain lagi.
Dalam majlis penutup, saudara Amir Hamzah yang mewakili Al-Azhar Media telah diberi kesempatan untuk berucap dan menyatakan komitmen untuk terus membantu IPIS dalam memperkasakan Bahasa Arab. Al-Azhar Media juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah IPIS, Ustazah A'edah, para pensyarah, jawatankuasa pelaksana dan semua warga IPIS di atas sokongan yang cukup hebat.