Kamus Al-Miftah
Kamus Al-Miftah ialah sebuah kamus moden Arab - Melayu - Inggeris perintis di Malaysia. Tidak seperti kamus lain yang mengandungi istilah bahasa sahaja, kamus ini merungkai 25 istilah moden untuk pencarian makna yang lebih efektif dan efisien.
Para penyusun Kamus Moden Al-Miftah telah menggabungkan beberapa buah kamus Bahasa Arab lain sebagai rujukan untuk menghasilkan sebuah kamus lengkap yang merangkumi pelbagai bidang ilmu di dunia.
Selain itu, kamus ini mendapat sentuhan beberapa orang pelajar Universiti Al-Azhar yang memilih perkataan-perkataan Bahasa Arab yang biasa digunakan oleh masyarakat Malaysia sebagai panduan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah dan universiti.
Bayangkan jika anda boleh memperoleh isi 25 buah kamus Bahasa Arab dengan hanya membuat carian daripada kamus ini!
e-Miftah 2.0
Perisian e-Miftah 2.0 diinspirasikan oleh Kamus Moden Al-Miftah sebagai salah satu langkah pembangunan produk syarikat Al Azhar Media.
Kini, kamus tersebut boleh didapati dalam bentuk perisian untuk memudahkan pencarian istilah Bahasa Arab dengan mudah dan cepat. Lebih menarik lagi, kamus ini mengandungi fungsi tambahan iaitu Kamus Asas Melayu – Arab yang tidak terdapat dalam naskah kamus tersebut sebelum ini.
Ciri- ciri Istimewa e-Miftah 2.0
• Mengandungi 60 000 perkataan/ entri dalam Bahasa Arab.
Jumlah ini membuktikan perisian ini adalah di antara perisian kamus Arab terlengkap di dunia.
• Variasi makna untuk setiap perkataan dalam Bahasa Arab.
Bahasa Arab adalah bahasa yang kaya kerana satu perkataan Bahasa Arab boleh membawa pelbagai makna. Oleh itu, e-Miftah 2.0 mampu menyenaraikan setiap satu makna perkataan tersebut dengan lengkap.
• Penterjemahan dalam 3 Bahasa.
Perisian ini mampu menterjemah satu perkataan Bahasa Arab kepada tiga bahasa. Pertama, sinonim kepada perkataan Arab lain. Kedua, terjemahan kepada Bahasa Melayu dan bahasa ketiga adalah Bahasa Inggeris.
• 3000 visual grafik yang jelas dan bersesuaian.
Grafik disediakan untuk meningkatkan pemahaman dan memberi gambaran jelas kepada pengguna tentang makna setiap satu perkataan.
• Pencarian mudah tanpa perlu mencari kata dasar sesuatu perkataan.
Berrbeza dengan kamus Bahasa Arab yang lain, pengguna boleh membuat pencarian dalam Kamus Moden Al-Miftah atau perisian e-Miftah 2.0 tanpa perlu mencari kata dasar. Anda hanya perlu menaip perkataan yang anda ingini, dan dengan hanya satu klik, anda mampu meperoleh lebih daripada satu makna perkataan!
• Jaminan produk seumur hidup.
Jika perisian anda dijangkiti virus, digodam atau rosak, anda boleh melaporkan masalah tersebut kepada syarikat kami untuk penggantian produk. Anda cuma perlu menyimpan kunci produk, identiti pengguna dan kunci pengaktifan untuk tujuan tersebut di masa hadapan.
• Muat turun percuma bagi versi e-Miftah terbaru.
e-Miftah versi terkini adalah 2.0 dan akan dikemaskini lagi pada masa hadapan. Jika anda membeli perisian kami pada waktu ini, anda akan mendapat kelebihan memuat turun versi baru perisian ini pada masa akan dating tanpa perlu menambah sesen pun! Berbaloi bukan?
Hanya Dengan Satu Klik!
Perisian e-Miftah 2.0 bukanlah ingin menandingi naskah Kamus Al-Miftah sebelum ini tetapi sebagai pelengkap produk tersebut. Tambahan pula, seiring dengan kehendak masyarakat yang serba moden dan teknologi canggih masa kini, perisian e-Miftah 2.0 pasti dapat membantu anda membuat pencarian yang lebih mudah, HANYA DENGAN SATU KLIK! Perisian ini juga mempunyai beberapa nilai tambah yang tidak terdapat dalam naskah kamus kami iaitu Kamus Asas Bahasa Melayu-Arab. Kami akan mengemaskini perisian ini dengan menawarkan lebih banyak bahasa dan istilah di masa akan datang.
Kandungan e-Miftah 2.0
Perisian ini adalah selengkap Kamus Al-Miftah yang menyenaraikan 25 istilah moden merangkumi pelbagai bidang ilmu di dunia. Antaranya:
• Undang- undang
• Kimia
• Perdagangan/Kewangan/Perniagaan
• Astronomi
• Kesusasteraan Arab
• Istilah Bahasa
• Geologi
• Ilmu Falsafah
• Psikologi
• Ekonomi
• Fizik
• Sukan
• Politik
• Biologi
• Perubatan
• Ilmu Mantik
• Komputer
• Matematik
• Muzik
• Undang-undang Islam
• Penyakit
• Serangga
• Alam Ikan
• Alam Burung
• Tumbuh-tumbuhan
TANPA KATA DASAR?
Keistimewaan e-Miftah 2.0 yang tidak terdapat dalam kamus Bahasa Arab keluaran Malaysia adalah kamus ‘tanpa pencarian kata dasar’. Lazimnya, kamus Arab-Melayu biasa mengkehendaki para pengguna mencari kata dasar sesuatu perkataan sebelum mencari makna perkataan tersebut. Sukar bukan? e-Miftah 2.0 bukan sahaja menyenaraikan makna perkataan tanpa perlu mencari kata dasar, malah pengguna boleh mencari apa sahaja perkataan yang mereka kehendaki daripada pelbagai bidang ilmu secara terus dan tepat. Mudah, pantas dan menjimatkan!
PENJIMATAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT
Hanya dengan satu klik, anda boleh menjimatkan masa dan tenaga, berbanding mencari secara manual di dalam kamus biasa. Sebagai tambahan, e-Miftah 2.0 boleh didapati dengan harga yang cukup menarik pada bulan Jun 2009 sebagai harga pengenalan produk kami. Kami memberi diskaun sebanyak 51% pada tempoh waktu tersebut. Harga asal e-Miftah 2.0 adalah RM 299 dan kami berikan harga istimewa iaitu RM 149. Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, kami membuat harga pengenalan fasa kedua bemula Julai hingga Ogos 2009. Kami memberi diskaun sebanyak 33% iaitu dengan harga RM 199. Selepas tempoh tersebut, berkemungkinan kami akan menjual produk tersebut dengan harga asal. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan e-Miftah 2.0 sekarang juga!!!